Friday, March 20, 2009

Buku "Nak Tak Berhenti Merokok " di lancarkan



Setelah sekian lama menunggu akhirnya pada 27 Feb 09 buku "Nak Tak berhenti Merokok" telah pun siap. Saya di jemput ke pejabat Truewealth untuk mengambil buku tersebut.

Dengan ditemani oleh isteri tercinta yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan untuk saya terus menulis buku lagi yang dapat memberi manfaat kepada lebih ramai manusia.

Harapan saya buku ini akan dapat membantu ramai perokok-perokok yang hendak berhenti untuk berhenti dengan jayanya.

Gambar diatas bersama isteri tercinta Dr Suhaila Osman dan di bawahnya bersama Senior Manager of Truewealth , Nirmitha.

Semoga para pembaca mendapat manfaat darinya.

Wallahualam

1 comment:

Tan sri azman hashim said...

Salam doc ,heheheh ingat lagi ke kat saya mungkin doc tak berapa cam kita jumpa pon masa doc bagi ceramah tajuk `Nak tak berhenti merokok' di KPS-HCM kg Padan

banyak info2 menarik yg kami dapat so kwn2 tak rugi utk dptkan buku ini