Monday, June 8, 2009

Lagi...Gambar Ngeri..



Lagi satu gambar ngeri pada kotak rokok. Gambar ini saya ambil pada kotak rokok sepupu saya yang berhenti separuh jalan. Bila saya tanya " Tak Ngeri ke tengok gambar ni?" , dia kata , "Betul ke hisap rokok kaki boleh jadi camni?" , laa..tak cayo ko? . Sebenarnya , penyakit seperti dalam gambar ini di panggil sebagai ' Thrombo Angitis Obliterans ( TAO)' atau 'Buerger's Disease'. Penyakit ini ada saya terangkan dalam buku saya .

Jadi kalau anda baca buku saya tentu boleh faham. Puncanya adalah disebabkan merokok. Macam tak caya , ye tak? Saluran darah arteri ke bahagian kaki bengkak dan menyebabkan pengaliran darah terganggu dan akhirnya menyebabkan kematian sel-sel kaki yang dipanggil 'Gangrene'.



Tapi nampaknya perokok & syarikat rokok menjadi kreatif. Sekarang telah ada kotak rokok canggih yang disertakan sekali dengan 'lighter'. Rokok boleh diisikan kedalam kotak ini dan tiada gambar luar yang 'ngeri' lagi.
Hai..macam-macam idea kretaif manusia ni. Terpulanglah kepada perokok samada nak berhenti atau tidak. Suatu yang pasti , gambar-gambar 'ngeri' yang dicetak pada kotak rokok itu memang benar dan ianya memang disebabkan oleh perbuatan merokok.

Wallahualam.

No comments: